La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabharata. Ia mengandungi sebahagian besar puisi ditulis dalam bahasa bugis lama. Epik ini mengisahkan tentang kisah Sawerigading, seorang pahlawan yang gagah berani dan juga perantau. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14.
Sebahagian manuskrip La Galigo dapat ditemui di perpustakaan-perpustakaan di Eropah, terutamanya di Perpustakaan Leiden. Terdapat juga 600 muka surat tentang epik ini di Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan dan Tenggara, dan jumlah mukasurat yang tersimpan di Eropah dan di yayasan ini adalah 6000 tidak termasuk simpanan oleh orang perseorangan.Isi kandungan
1 Kitaran Hayat La Galigo2 La Galigo di Sulawesi Tengah3 La Galigo Di Sulawesi Tenggara4 La Galigo Di Gorontalo5 La Galigo Di Malaysia Dan Riau6 Rujukan7 Lihat juga
Kitaran Hayat La Galigo
Ringkasan Salasilah La Galigo
Epik dimulai dengan penciptaan dunia. Ketika dunia ini kosong (merujuk kepada Sulwesi Selatan), Raja Di Langit, La Patiganna, mengadakan suatu mesyuarat keluaraga dari beberapa kerajaan termasuklah Senrijawa dan Peretiwi dari alam ghaib dan membuat keputusan untuk melantik anak lelakinya yang tertua, La Toge' langi' menjadi Raja Alekawa (Bumi) dan memakai gelaran Batara Guru. La Toge' langi' kemudiannya berkahwin dengan sepupunya We Nyili'timo', anak kepada Guru ri Selleng, Raja alam ghaib. Tetapi sebelum Batara Guru dinobatkan sebagai raja di bumi, beliau harus melalui suatu tempoh ujian selama 40 hari 40 malam. Tidak lama kemudiannya, beliau pun turun ke bumi, dikatakan turun di Ussu', sebuah daerah di Luwu' dan terletak di Teluk Bone. Batara Guru kemudiannya digantikan oleh anaknya, La Tiuleng dengan memakai gelaran Batara Lattu'. Beliau kemudiannya mendapat dua orang anak kembar iaitu Lawe atau La Ma'dukelleng atau Sawerigading (Putera Ware') dan kembarnya, seorang anak perempuan bernama We Tenriyabeng. Kedua-dua kembar itu tidak membesar bersama dan kemudian Sawerigading, yang pada mulanya menganggap bahawa We Tenriyabeng tidak mempunyai hubungan darah dengannya, ingin berkahwin dengannya. Tetapi disebabkan ini adalah suatu larangan, dia meninggalkan Luwu' dan bersumpah tidak akan kembali. Dalam perjalannya ke Kerajaan Cina, beliau telah mengalahkan beberapa pahlawan termasuklah pemerintah Jawa Wolio iaitu Setia Bonga. Sesampainya di Cina, beliau berkahwin dengan Datu Cina iaitu We Cudai.
Sawerigading digambarkan sebagai seorang kapten kapal yang perkasa dan antara tempat yang dilawati beliau ialah Taranate (Ternate di Maluku), Gima (Sama ada Bima atau Sumbawa), Jawa Rilau' dan Jawa Ritengnga (kemungkinan Jawa Timur dan Tengah), Sunra Rilau' dan Sunra Riaja (kemungkinan Sunda Timur dan Sunda Barat) dan Melaka. Beliau juga dikisahkan melawat syurga dan alam ghaib. Pengikut-pengikut Sawerigading terdiri daripada saudara-maranyadari pelbagai rantau dan rombongannya selalu didahului oleh kehadiran tetamu yang pelik seperti orang bunian, orang berkulit hitam dan orang berambut di dada.
Sawerigading adalah ayahanda I La Galigo (gelaran Datunna Kelling). I La Galigo juga seperti ayahandanya, seorang kapten kapal, seorang perantau, pahlawan mahir dan perwira yang tiada tolok bandingan. Beliau mempunyai empat orang isteri yang berasal dari pelbagai negeri. Seperti ayanhandanya, I La Galigo tidak pernah menjadi raja.
Anak lelaki I La Galigo iaitu La Tenritatta' adalah yang terakhir di dalam epik itu untuk dimahkotakan di Luwu'.
Kitaran epik ini merujuk kepada waktu dimana penempatan Bugis berada di persisiran pantai Sulawesi. Ini dibuktikan dengan bentuk setiap kerajaan ketika itu. Penempatan awal ketika itu berpusat di muara sungai dimana kapal-kapal besar boleh melabuh dan pusat pemerintah pula terletak berdekatan dengan muara. Pusat pemerintahan mengandungi istana dan rumah-rumah orang atasan. Berdekatan dengan istana terdapat Rumah Majlis (Baruga) berfungsi untuk tempat bermesyuarat dan tempat menyambut pedagang-pedagang asing. Kehadiran pedagang-pedagang asing amatlaj dialu-alukan di kerajaan Bugis ketika itu. Selepas membayar cukai, barulah pedagang-pedagang asing boleh berniaga. Selalunya, pemerintah berhak berdagang dengan meraka menggunakan sistem barter, diikiuti golongan atasan atau bangsawan dan kemudiannya orang kebanyakkan. Perhubungan antara kerajaan adalah memalui jalan laut dan golongan muda bangsawan selalunya diarah untuk merantau sejauh yang mungkin sebelum memikul sebarang tanggungjawab dan Sawerigading dikatakan sebagai model mereka.La Galigo di Sulawesi Tengah
Nama Sawerigading I La Galigo cukup terkenal di Sulawesi Tengah. Ini membuktikan bahawa kawsan ini mungkin pernah diperintah oleh kerajaan purba Bugis iaitu Luwu'.
Sawerigading dan anaknya I La Galigo bersama dengan anjing peliharaanya, Buri, pernah merantau melawat lembah Palu yang terletak di pantai barat Sulawesi. Buri, yang digambarkan sebagai seekor binatang yang garang, dikatakan berjaya mengundurkan laut ketika I La Galigo bertengkar dengan Nili Nayo, seorang Ratu Sigi. Akhirnya, lautan berdekatan dengan Loli di Teluk Palu menjadi sebuah tasik iaitu Tasi' Buri' (Tasik Buri).
Berdekatan dengan Donggala pula, terdapat suatu kisah mengenai Sawerigading. Bunga Manila, seorang ratu Makubakulu menjemput Sawerigading bertarung ayam. Akan tetapi, ayam Sawerigading kalah dan ini menyebabkan tercetusnya peperangan. Bunga Manila kemudiannya meminta pertolongan kekandanya yang berada di Luwu'. Sesampainya tentara Luwu', kekanda Bunga Manila mengumumkn bahawa Bunga Manila dan Sawerigading adalah bersaudara dan ini mengakhiri peperangan antara mereka berdua. Walaubagaimanapun, Bunga Manila masih menaruh dendam dan dengan itu mengarahkan anjing beliau, Buri (anjing hitam), untuk mengikuti Sawerigading. Anjing itu menyalak tanpa henti dan ini menyebabkan kesemua tempat mereka lawati menjadi daratan.
Kisah yang lainnya yang terdapat di Donggala ialah I La Galigo dikatakan terlibat dalam laga ayam dengan orang Tawali. Di Biromaru, beliau berlaga ayam dengan Ngginaye atau Nili Nayo. Ayam Nili Nayo dinamakan Calabae manakala lawannya ialah Baka Cimpolo dan ayam I La Galigo kalah dalam perlagaan itu. I La Galigo kemudiannya meminta pertolongan daripada ayahandanya, Sawerigading. Sesampainya Sawerigading, beliau mendapati bahawa Nili Nayo adalah bersaudara dengan I La Galigo, kerana Raja Sigi dan Ganti adalah sekeluarga.
Di Sakidi Selatan pula, watak Sawerigading dan I La Galigo adalah seorang pencetus tamadun dan inovasi.La Galigo Di Sulawesi Tenggara
Ratu Wolio pertama di Buntung di gelar Wakaka, dimana mengikut lagenda muncul dari buluh (bambu gading). Terdapat juga kisah lain yang menceritakan bahawa Ratu Wolio adalah bersaudara dengan Sawerigading. Satu lagi kisah yang berbeza iaitu Sawerigading sering ke Wolio melawat Wakaka. Beliau tiba dengan kapalnya yang digelar Halmahera dan berlabuh di Teluk Malaoge di Lasalimu.
Di Pulau Muna yang berdekatan, pemerintahnya mengaku bahawa beliau adalah keturunan Sawerigading atau kembarnya We Tenriyabeng. Pemerintah pertama Muna iaitu Belamo Netombule juga dikenali sebagai Zulzaman adalah keturunan Sawerigading. Terdapat juga kisah lain yang mengatakan bahawa pemerintah pertama berasal dari Jawa, kemungkinan dari Majapahit. Permaisurinya bernama Tendiabe. Nama ini mirip dengan nama We Tenyirabeng, nama yang di dalam kisah La Galigo, yang berkahwin dengan Remmangrilangi', bermaksud 'Yang Tinggal Di Syurga'. Terdapat kemungkinan Tendiabe adalah keturunan We Tenyirabeng. Pemerintah kedua, sama ada anak kepada Belamo Netombule atau Tendiabe atau kedua-duanya, bernama La Patola Kagua Bangkeno Fotu.
Manakala nama-nama bagi pemerintah awal di Sulawesi Tenggara adalah mirip dengan nama-nama di Tompoktikka, seperti yang tercatat di dalam La Galigo. Contohnya Baubesi (La Galigo: Urempessi). Antara lainnya ialah Satia Bonga, pemerintah Wolio(La Galigo: Setia Bonga).La Galigo Di Gorontalo
Lagenda Sawerigading dan kembarnya, Rawe, adalah berkait rapat dengan pembangunan beberapa negeri di kawasan ini. Mengikut lagenda dari kawasan ini, Sarigade, putera Raja Luwu' dari negeri Bugis melawat kembarnya yang telah hidup berasingan dengan ibubapanya. Sarigade datang dengan beberapa armada dan melabuh di tanjung Bayolamilate yang terletak di negeri Padengo. Sarigade mendapat tahu bahawa kembarnya telah berkahwin dengan raja negeri itu iaitu Hulontalangi. Maka, beliau bersama-sama dengan kekanda iparnya bersetuju untuk menyerang beberapa negeri sekitar Teluk Tomini dan membahagikan kawasan-kawasan itu. Serigade memimpin tentera berkeris manakala Hulontalangi memimpin terntera yang menggunakan kelewang. Setelah itu, Sarigade berangkat ke Cina untuk mencari seorang gadis yang cantik dikatakan mirip dengan saudara kembarnya. Setelah berjumpa, beliau terus berkahwin dengannya.
Terdapat juga kisah lain yang menceritakan tentang pertemuan Sawerigading dengan Rawe. Suatu hari, Raja Matoladula terlihat seorang gadis asing di rumah Wadibuhu, pemerintah Padengo. Matoladula kemudiannya berkahwin dengan gadis itu dan akhirnya meneyedari bahawa gadis itu adalh Rawe dari kerajaan Bugis Luwu'. Rawe kemudiannya menggelar Matoladula denhan gelaran Lasandenpapang.La Galigo Di Malaysia Dan Riau
Kisah Sawerigading cukup terkenal di kalangan keturunan Bugis dan Makasar di Malaysia. Ia dibawa sendiri oleh Bugis yang bermigrasi ke Malaysia. Terdapat juga unusur Melayu dan Arab diserap sama.
Ketika abad 15, Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mansur Syah diserang oleh 'Keraing Semerluki' dari Makassar. Semerluki yang disebut ini berkemungkinan adalah Karaeng Tunilabu ri Suriwa, putera pertama kerajaan Tallo', dimana nama sebenarnya ialah Sumange'rukka' dan beliau berniat untuk menyerang Melaka, Banda dan Manggarai.
Perhubungan yang jelas muncul selepas abad ke 15. Pada tahun 1667, Belanda memaksa pemerintah Goa untuk mengaku kalah dengan menandatangani Perjanjian Bungaya. Dlaam perjuangan ini,Goa dibantu oleh Arung Matoa dari Wajo'. Pada tahun berikutnya, kubu Tosora dimusnahkan oleh Belanda dan sekutunya La Tenritta' Arung Palakka dari Bone. Ini menyebabkan ramai Bugis dan Makassar bermigrasi ke tempat lain. Contohnya, serombongan Bugis tiba Di Selangor dibawah pimpinan Daeng Lakani. Pada tahun 1681, seramai 150 orang Bugis menetap di Kedah. Manakala sekitar abad ke 18, Daeng Matokko' dari Peneki, sebuah daerah di Wajo', menetap di Johor. Sekitar 1714 dan 1716, adik beliau, La Ma'dukelleng, juga ke Johor. La Ma'dukelleng juga digelar sebagai Ketua Lanun oleh Belanda.
Walaubagaimanapun, keturunan Opu Tenriburong memainkan peranan penting dimana mereka membuat penempatan di Kuala Selangor dan Klang keturunan ini juga turut dimahkotakan sebagai Sultan Selangor dan Sultan Johor. Malahan, kelima-lima anak Opu Tenriburong memainkan peranan yang penting dalam sejarah di kawasan ini. Daeng Merewah menjadi Yang Dipertuan Riau, Deang Parani berkahwin dengan puteri-puteri Johor, Kedah dan Selangor dan juga ayanhanda kepada Opu Daeng Kamboja (Yang Dipertuan Riau ke tiga), Opu Daeng Menambun (menjadi Sultan Mempawah dan Matan), Opu Daeng Cella' (berkahwin dengan Sultan Sambas dan keturunannya menjadi raja di sana).
Pada abad ke 19, sebuah teks Melayu iaitu Tuhfat al-Nafis mengandungi cerita-cerita seperti didalam La Galigo. Walaubagaimanapun, terdapat perubahan-perubahan dalam Tuhfat al-Nafis seperti permulaan cerita adalah berasal dari Puteri Balkis, Permaisuri Sheba dan tiada cerita mengenai turunnya keturunan dari langit seperti yang terdapat di dalm La Galigo. Anak perempuannya, Sitti Mallangke', menjadi Ratu Selangi, sempena nama purba bagi pulau Sulawesi dan berkahwin dengan Datu Luwu'. Kisah tidak terdapat dalam La Galigo. Walaubagaimnapun, puteranya iaitu Datu Palinge' berkemungkinan sama dengan watak didalam La Galigo.
Sebagai masyarakat barru kita harus berbangga karena naskah La Galigo di tulis oleh salah satu pejuang literasi Retna kencana colliq pujie, wanita asal Barru kerjaan Tanete.
Dikutip dari berbagai sumber.
Yakusa
Muh. Iqbal
Tidak ada komentar:
Posting Komentar